Menerajui Masa Depan Pembelajaran Bermakna
Pemilihan IPGKPT sebagai peneraju dalam projek rintis pembelajaran bermakna memberi ruang dan peluang kepada bakal guru menguasai konsep pembelajaran bermakna melalui Model Inkuiri Kolaboratif merentasi lapisan murid (guru pelatih), guru (pensyarah) dan pemimpin.
KPG 2018 mendukung inisiatif MBMMBI dengan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai alat penyebaran ilmu dengan mengintegrasikan kepelbagaian disiplin ilmu. Di samping itu, pelaksanaan KPG 2018 juga akan memperkukuh penggunaan bahasa Inggeris dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sekaligus memantapkan penguasaan dalam bahasa komunikasi antarabangsa.
KPG 2018 secara tidak langsung mempromosikan IPGKPT sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru berasaskan pengalaman dalam memacu kapasiti pedagogi baharu dan pembelajaran bermakna kepada komuniti setempat dan masyarakat umum. KPG 2018 juga memperluas persekitaran pembelajaran dan memperdalam serta mempercepat pembelajaran bakal guru melalui pendekatan pembelajaran yang menjangkaui bilik darjah tradisional dengan memanfaatkan kemudahan digital.